Untuk anda yang kurang pasti lokasi Bandar Tenggara ini, terdapat 2 exit laluan daripada Highway PLUS (Utara-Selatan) untuk masuk ke Bandar Tenggara.
Pertama : Laluan dari Highway PLUS exit Tol Ayer Hitam, Kluang
Anda yang memilih laluan ini memerlukan lebih kurang 40 minit perjalanan.
1. Setelah keluar dari tol ayer hitam, anda perlu 'drive' hingga ke Bandar Kluang.
2. Selepas melepasi Bandar Kluang, akan berjumpa simpang empat + (Ada Traffic Light dan signboard ke Bandar Tenggara). Sila ikut arah signboard, belok ke kanan.
3. Kemudian, teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan anda akan berjumpa Felda Ulu Belitong dan Felda Hulu Penggeli dan jambatan.
4. Selepas itu, teruskan perjalanan sehingga jumpa stesen minyak Shell dan Petronas (bersebelahan) dan belok ke kiri -| (ada signboard bandar tenggara)...dah smpi pun ke Bandar Tenggara.....
tapi untuk ke teratak singgah teruskan perjalanan sehingga jumpa simpang di kanan (di kanan ada pejabat pos) dan belok ke kanan.
5. Kemudian teruskan perjalanan sehinggalah jumpa simpang di kanan (di kiri ada taman tasik rekreasi) dan belok ke kanan.
6. teruskan perjalanan smpi jumpa HomeStay Teratak Singgah di sebelah kiri andaaa... :)
::;Selamat Mencuba;::
Anda yang memilih laluan ini memerlukan lebih kurang 30 minit perjalanan.
1. Setelah keluar dari tol kulaijaya, anda perlu 'drive' hingga jumpa simpang 3 (kiri ada Tesco) jumpa traffic light belok ke kanan.
2. kemudian terus rapat ke kiri dan belok ke kiri masuk simpang pertama (Ada signboard ke Inas/Semangar).
3. Kemudian, teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan anda akan berjumpa laluan kereta api...felda Inas dan pemandangan kelapa sawit je.
4.Sehinggalah hujung jalan akan berjumpa simpang 3. Susur jalan ke kanan.....
5. Teruskan perjalanan sehinggalah jumpa simpang di kanan (ada Signboard Bandar Tenggara) dan belok kanan. Sebelum itu, anda akan jumpa sederet kedai (ada KFC, A&W, hardware dan sebagainya)
6. teruskan perjalanan smpi ke simpang belok kiri (di kanan ada gelanggang Futsal).
7. Teruskan perjalanan sampailah jumpa simpang ke kiri (di kanan ada taman tasik rekreasi). Kemudian belok ke kiri dan terusss sehingga jumpa di kiri HomeStay Teratak Singgah, Bandar Tenggara.
::;Selamat Mencuba;::
No comments:
Post a Comment