Monday, March 26, 2012

..::HomeStay Bandar Tenggara::..

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke blog HomeStay Teratak Singgah.
Kami menyediakan perkhidmatan homestay kepada sesiapa yang ingin bercuti dan memerlukan tempat bermalam yang selesa.
Silalah datang ke HomeStay Teratak Singgah kami. Sememangnya ramai yang datang ke bandar Tenggara mengadu tiada hotel yang mereka boleh menginap. Kini, jangan bimbang lagi kepada pegawai-pegawai yang ditugaskan ke bandar tenggara boleh menginap di homestay kami. Insya-Allah kami menyediakan yang terbaik untuk anda.
Tidak dilupakan juga jika ada majlis kenduri kendara, yang ber'besan'kan orang luar negeri atau luar daerah boleh mendapatkan perkhidmatan homestay kami yang menyediakan ruang yang luas dan selesa untuk tetamu yang ramai mau pun yang sedikit. Jom kita tengok bagaimana rupa luaran Homestay Teratak Singgah ini....





Halaman HomeStay Teratak Singgah ini mempunyai ruang yang luas sampai boleh memuatkan 5-6 kereta untuk parking. Jadi, tetamu tidaklah bimbang bila kereta mereka berada di dalam ruang halaman homestay. Ruang halaman yang luas ini juga disebabkan kedudukan HomeStay di corner lot. Dengan ruang halaman homestay yang berpagar dan berkunci (mangga) akan membuatkan perasaan 'selamat' dikalangan tetamu yang menginap.
Diluar homestay ini ada menyediakan anjung untuk tetamu melepaskan penat lelah. Anjung ni juga ade menyediakan set kerusi untuk 4 dan 2 orang. Setiap ruang anjung ada menyediakan lampu dan kipas. Bolehlah pengunjung nak bersantai malam2 di anjung.
Untuk masuk ke dalam Homestay Teratak Singgah ini, ada 2 pintu yang tetamu boleh gunakan. Sama ada pintu yang ada 2 daun pintu atau gunakan pintu sliding door. Dua2 boleh digunakan ikut keselesaan tetamu.



Kami menyediakan 2 pintu masuk ke homestay teratak singgah kerana di dalamnya ada 2 ruang tamu utama dan keDua2 ruang tamu tu ada set sofa. Kemudahan biasa yang tetamu boleh nikmati diruang ni seperti kipas, lampu TV, Air-conditioner, carpet dan sebagainya. kalau tak nak tidur di bilik pun tak ada masalah, tetamu boleh tidur di ruang tamu dengan menggunakan 'toto' atau tilam nipis yang telah disediakan di dalam almari bilik untuk dibentangkan di ruang tamu.
untuk bilik pulak, Teratak Singgah menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
*2 bilik tidur menempatkan katil bersaiz king dan almari pakaian.
*1 bilik tidur menyediakan kemudahan katil 2 tingkat (2 dibawah dan seorang di atas) berserta almari pakaian.
Boleh lah survey2......






Kemudahan lain di dalam bilik juga kami sediakan seperti cermin, arah kiblat, sejadah, tuala, selimut dan ruangan seterika pakaian.

Bagi ruangan bilik air HomeStay Teratak Singgah, kami menyediakan 2 bilik air.
* 1 bilik air untuk master bedroom
* 1 bilik air dikongsi bersama 2 bilik tidur.
Bilik air ni ada tandas duduk dan tandas cangkung, jadi terpulanglah nak guna yang mana satu. Berikut adalah kondusi bilik air homestay kami \(^_^)/







jika ruangan dapur Teratak Singgah pulak, kami menyediakan meja makan untuk 6 orang, kemudahan peti sejuk, pinggan mangkuk dan kabinet dapur serta air tapis. Tetamu boleh memasak sendiri atau tapau untuk makan di teratak singgah kami.





Harga yang kami tetapkan untuk tetamu yang ingin menginap ialah RM180/hari.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan secara pakej seperti charge bayaran untuk sebilik sahaja. Nilai bayaran tu memang untuk sebuah rumah dan semua ruang dalam Homestay teratak Singgah.
Jadi..puas ati kan dengan nilai chaerge tu \(^_^)/

Semoga penerangan saya ni jelas untuk semua pembaca.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi :
* En. Mansor 013-7832659
*Pn. Rahimah 013-7956681

...::::terima kasih kerana sudi menjenguk blog HomeStay Teratak Singgah ini::::...

2 comments:

  1. Untuk raya 2013 masih kosongkah?

    ReplyDelete
  2. bagusla saya suka adanya tandas cangkung... this year nak wat fmly trip bolehla tempah...

    ReplyDelete